Pelan Transformasi UKM
| Artikel Index |
|---|
| Pelan Transformasi UKM |
| Page 2 |
| Semua Muka |
Satu pelan yang akan mendorong UKM menjadi universiti penyelidikan unggul sederap dengan universiti terkehadapan dunia menjelang 2018 disamping mengukuhkan peranan istimewanya sebagai universiti kebangsaan dalam mempromosikan perpaduan dan identiti nasional.
MEMBANGUN ATAS LANDASAN WARISAN DAN SEDIA ADA
UKM telah ditubuhkan pada 18hb Mei 1970 dengan misi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di puncak sistem pendidikan kebangsaan (Sejarah Penubuhan UKM). Sejak penubuhannya pada 1970, UKM telah membangunkan pelbagai rancangan dalam memandu pembangunan dan pertumbuhannya. Peringkat pembangunannya termasuklah fasa awal pembangunan, pengembangan dan penggabungan sehinggalah kemuncak pengisytiharan UKM sebagai universiti penyelidikan pada 11hb Oktober 2006. Sejak mencapai status universiti penyelidikan, UKM telah menunjukkan kejayaan dalam mempertingkatkan kualiti proses terasnya iaitu penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan (RU result, e-pmo).
Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM dijangkakan dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berasaskan k-ekonomi dipandu oleh inovasi dan kreativiti untuk pertumbuhan lestari dan kemakmuran sejajar dengan aspirasi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi dan daya saing global (Ucapan PM: Ucapan RMK10 & Model Ekonomi Baru untuk Malaysia & Pelancaran Malaysia: Konvensyen Kebangsaan Generasi Berinovasi). Institusi-institusi pelajaran tinggi terutama universiti penyelidikan seperti UKM haruslah memainkan peranan yang penting dan berupaya dalam mempromosi, menggalakkan dan menjana lebih inovasi.
IMPLIKASI TRANSFORMASI
Implikasi untuk UKM berubah didorong oleh beberapa peristiwa penting dan perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat kebangsaan dan global. Perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran ini mewajibkan UKM untuk turut berubah supaya dapat bersaing dan menyumbang dengan lebih efektif dalam konteks strategik ke arah perubahan yang berlaku di peringkat kebangsaan dan global. Globalisasi dan Daya Saing Global; anjakan ke arah ekonomi inovatif berpendapatan tinggi; desakan cendekiawan-cendekiawan yang mahukan penglibatan, kuasa dan penyertaan dalam proses demokrasi; transformasi kebangsaan yang menuntut kebertanggungjawaban/akauntabiliti dan prestasi ke arah melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi dalam mengecapi kemakmuran, keselamatan dan kesejahteraan; UKM tidak boleh selesa atas penghargaan yang telah diterima tetapi mesti berubah dan bangkit menghadapi cabaran-cabaran ini.
Pada tahun 2007, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dilancarkan untuk mengubah landskap pengajian tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi dan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi). [PSPTN:13] UKM sebagai universiti kebangsaan telah menanggapi perubahan konteks dan aspirasi nasional dengan menilai semula rancangan strategiknya dan menggubal Pelan Tranformasi. Pelan transformasi ini telah diinspirasikan melalui seruan Perdana Menteri untuk "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang menyebut (Ucapan-ucapan PM: Pelancaran 1Malaysia Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan) wawasannya untuk Transformasi Negara. Perkara ini kemudiannya diperluaskan dalam pelbagai inisiatif seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRAs), penggunaan Petunjuk Prestasi Utama (KPIs), Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Model Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia ke-10 dan Projek Pintu Masuk.
Pelbagai cabaran untuk universiti-universiti juga telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Perkara ini telah diderapkan dalam Pelan Transformasi UKM. Kunci di antaranya ialah (1) sumbangan dan peranan akademik menjadi peneraju dalam menggerak dan menghasilkan penemuan-penemuan baru, pengembangan pengetahuan serta ciptaan-ciptaan baru dan ciptaan-ciptaan yang berteknologi maju dan inovatif melalui penyelidikan, aktiviti pembangunan dan komersil; (2) menyokong pewujudan budaya keusahawanan (3) memperkasakan UKM agar mampu mendokong autonomi yang lebih besar melalui governans yang baik; (4) pengukuhan budaya kerja berasaskan prestasi ke arah pembiayaan berdasarkan prestasi (5) menaik taraf kurikulum kursus dengan menyeimbangkan kandungan akademik dengan ‘kemahiran interpersonal' serta pertukaran proses daripada permintaan kepada penawaran.
