Cetak PDF
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang membina landasan perubahan dan menyerap gagasan baru “ Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” selaku universiti terpilih yang memartabat bahasa Melayu serta menyejagat ilmu beracuan kebangsaan.

UKM berhasrat mempercepat anjakan melalui proses utama iaitu pendidikan, penyelidikan dan khidmat ke arah meningkat kualiti modal insan dan menghasil inovasi selari dengan k-ekonomi serta peningkatan daya saing Negara.